Nota Kata Nama Am

KATA NAMA AM
  •   Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.  
  •    Kata  Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


  •    Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

           (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

          (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
  •   Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan
  •   Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.





No comments:

Post a Comment