Latihan Kata Ganti Nama

Latihan Kata Ganti Nama

LATIHAN KATA GANTI NAMA 1

  

K ata ganti nama 1 from Joey Lin




KATA GANTI NAMA 2

 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1    Ibu, duit _______ hilang, kata Umair kepada ibunya.
 A kita
 B kami
 C saya
 D mereka

2   Darus dan Intan bersahabat karib.  _______ tinggal sekampung.
 A Dia
 B Kita
 C Kami
 D Mereka

3   Jika _______ ada masalah sila jumpa saya, kata Cikgu Sarah kepada saya.
 A mereka
 B kamu
 C kami
 D dia

4   Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
 A Dia
 B Kami
 C Awak
 D Saya 

5   Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
 A dia
 B kami
 C kamu
 D beliau

6   Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh, kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7   Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami 

8   Boleh _______ tumpang bertanya?  kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya 

9   Ampun _______ tuanku, sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 
Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya, kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian


JAWAPAN :

1C  2D  3B  4A  5D
6C  7A  8C  9B  10D


No comments:

Post a Comment